Saturday, 29 August 2015

Bicara Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Kemerdekaan Malaysia. Ia adalah suatu proses yang panjang, sukar, penuh iktizam, keazaman, semanggat patriot yang amat kuat, kesungguhan pejuang dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan negara ini. Di bawah ini adalah ringkasan bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan.

Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang. Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.

Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.


Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.

Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.

Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.


Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.

Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.

1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil. Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.

Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.

Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka



KESIMPULAN
Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

Sejarah Kemerdekaan Malaysia Secara Ringkas




Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka merupakan sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik.Melaka terletak diantara Asia Timur dengan Asia Barat dimana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.





Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130tahun(kalau tak silap)..
Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda..
Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda..
Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan.
Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada pembesar pembesar tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, dan ramai lagi..
Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mempunyai kesedaran untuk mendapatkan pendidikan.Maka muncul golongan berpendidikan yang mule memperjuangkan semangat nasionalisme.Mereka menggunakan pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi mereka.
Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah mereka dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Sunday, 16 August 2015

                    SELAMAT TINGGAL KEJOHANAN DUNIA 


MUNGKIN tiada lagi peluang bagi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merealisasikan impiannya dalam merangkul kejuaraan dunia pertama sepanjang kariernya selepas ini.

Ini kerana, selepas kecundang buat kali kedua di tangan Chen Long, semalam, Kejohanan Dunia akan menjadi penampilan terakhir buat pemain berusia 33 tahun itu kerana dia mungkin akan bersara selepas Sukan Olimpik 2016 di Rio De Jeniero, Brazil memandangkan tiada Kejohanan Dunia diadakan pada tahun diadakan Sukan Olimpik.

Mengimbas kembali perlawanan semalam, bekas pemain nombor satu dunia itu bergelut untuk memerangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London berkenaan apabila pada satu ketika ketinggalan kerana beberapa pukulannya keluar selain kandas di jaring.

Chong Wei jelas tertekan sebaik set kedua bermula. Banyak kesilapan dilakukan sehingga beliau mudah ditinggalkan Chen Long 7-1 seterusnya 12-5 dan 13-9.

Selepas itu, Chong Wei memperkemaskan permainannya dan beliau berjaya merapatkan jurang 19-15 dan 20-16, namun ia terlalu lewat.

Dalam kedudukan genting itu, tiada tekanan buat Chen Long sementara Chong Wei menunjukkan bermacam-macam aksi untuk menyelamatkan hantaran.

Bagaimanapun ketangkasan Chen Long membolehkan beliau menamatkan permainan dengan kedudukan 21-17 dalam masa satu jam lebih.

Kekalahan itu sekali gus mengulangi skrip sama yang berlaku pada tahun lepas apabila turut tewas kepada Chen Long di pentas final.

Nampaknya, penampilan kali keempat di pentas final masih belum membawa tuah buat Chong Wei yang sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Sebelum ini, pemain berusia 33 tahun itu merekodkan tiga gelaran naib juara iaitu pada 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2014 di Copenhagen (ditarik balik kerana kes doping) dalam sembilan penampilannya di Kejohanan Dunia sejak 2005.

Dan ini bermakna sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977, belum ada seorang pun pemain perseorangan negara muncul juara, malah Chong Wei juga terus kempunan untuk merangkul trofi seperti di beberapa kejohanan lain termasuk Sukan Olimpik, Piala Thomas, Piala Sudirman dan Sukan Asia.

Sementara itu, bagi Chen Long, kemenangan ke atas Chong Wei menyaksikan dia berjaya mempertahankan kejuaraan dimenanginya pada edisi 2014 di Copenhagen.

'Sudah buat yang terbaik'

Chong Wei berkata, beliau sudah memberikan persembahan terbaik, namun Chen Long lebih bijak mengatur strategi selain mengetahui corak permainannya.

“Saya lihat Chen Long bermain agak agresif pada kali ini dan saya cuba mengelak untuk melakukan kesilapan namun ia tetap terjadi," katanya.

Sementara itu, Chen Long berkata, kejayaan itu amat berharga bagi menyuntik semangat untuk menghadapi perlawanan penting khususnya buruan emas Sukan Olimpik, tahun hadapan.

“Saya amat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih yang sentiasa memberi kata-kata semangat," katanya.

Tuesday, 11 August 2015

imageimageimage


Zaman penjajahan Portugis , Belanda , Inggeris dan Jepun


Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. Walaubagaimanapun atas kesilapan, kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan, kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun,bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan . Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh yang demikian  pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi negara sekarang .


PORTUGIS

Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah  Melaka, Namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka. Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan. Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu, kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu, almari, jendela, garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau, namun pengaruhnya tidak berkesan.


BELANDA

Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa. Mereka menubuhkan syarikat Hindia Timur Belanda(voc) , pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor. Bagaimanapun Portugis, Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.


INGGERIS

Dari segi sejarah, pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan syarikat India Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama kelamaan syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan, selain dari tujuan untuk mencari pengkalan yang bebas dari serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah . Pada 6 Februari tahun 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu .

Perjanjian Inggeris-Belanda
Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 . Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting hingga hari ini . Antaranya ialah :

1. Pembahagian kepulauan melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan melayu dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20.

2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar johor berakhir apabila Singapura  dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British,sementara kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.

3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas  dan pelabuhan intrepot yang penting di gugusan kepulauan melayu .

Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan melayu telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah negara malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan kesan pengaruh penjajah .

JEPUN

Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah. Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar  ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan Singapura. 

Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :

1.   Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan .


  • Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .


2.   Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun .


  • Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan     Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka, Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .


Kesan pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :

KESAN SOSIAL


  • Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang Cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang Melayu dan India mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri Thai dan Burma.



  • Orang Cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan  tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan  pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.


KESAN EKONOMI


  • Pada masa pemerintahan Jepun, kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali, hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah. Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot. Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi. Pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi. Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.


KESAN POLITIK

Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat. Sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan  rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:


  • Wujudnya kesedaran politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu.       Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.



  • Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang Melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun. Orang Melayu berasa mereka         tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris. Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh     ditentang. Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.


Selepas pendudukan Jepun

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari. Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut, kekacauan, persengketaan dan pertempuran antara kaum (contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.



Sekembalinya ke Tanah Melayu,pihak Inggeris telah menubuhkan pentadbiran tentera British (BMA) dan seterusnya kesatuan Malaya(Malayan Union). Kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak Inggeris mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu ,iaitu di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948 dan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 . Beberapa langkah telah dijalankan untuk menyekat kegiatan komunis termasuk rancangan briggs dan rancangan templer . Perundingan juga telah diadakan dengan tokoh-tokoh PKM iaitu yang dinamakan sebagai rundingan Baling , pada 28 dan 29 Disember 1955 . Namun rundingan tersebut gagal . Menjelang tahun 1960,PKM kehilangan pengaruhnya dan pada 31 Julai 1960 undang-undang darurat ditamatkan .

Terima kasih kerana membaca blog kami

image  image  image  image  image  image  


"Mengatasi kesulitan adalah pengalaman paling menyenangkan dalam hidup.” Arthur Schopenhauer (1788-1860), filsuf Jerman"








imageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimage